
Selamat datang ke laman web UMSgrads.net
Kami mengalu-alukan kehadiran Tuan / Puan dan rakan - rakan yang telah bergelar graduan Universiti Malaysia Sabah ke laman web ini dan terutamanya rakan - rakan yang bakal dan akan bergraduat di majlis konvokesyen ke sembilan yang dijangka bakal berlangsung pada September 2007 ini.
Laman web UMSgrads.net memfokuskan segala informasi berkaitan persediaan rakan-rakan untuk bergraduan di hari yang penuh bermakna dan penuh kenangan manis dalam hidup iaitu majlis konvokesyen Universiti Malaysia Sabah.
UMSgrads.net turut menyediakan forum untuk kita berkongsi informasi semasa bersama rakan-rakan yang telah bergraduat.
Hasrat UMSgrads.net ialah ingin menjadikan laman web ini sebagai sebuah kelab online tempat berkumpulnya para graduan Universiti Malaysia Sabah berkongsi idea, pendapat dan informasi yang amat berguna bagi membantu generasi graduan akan datang bersedia menghadapi dunia sebenar alam pekerjaan selepas bergelar graduan.
Di samping itu juga, sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 dan majlis konvokesyen UMS yang dijangka berlangsung pada September ini, pihak UMSgrads.net turut menyenaraikan nama - nama hotel, resort, motel, backpakers serta senarai syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewa kereta / pemandu pelancong untuk memudahkan urusan / trip destinasi pelancongan pilihan Tuan / Puan .
Akhir kata, bawalah dan harumkanlah nama alma meter kita Universiti Malaysia Sabah di mata dunia.
Bertekad Cemerlang.
Ikhlas daripada,
UMSgrads.net Project Leader.